Sunday, May 3, 2009

Buah Keranji Dalam Perahu !



Last weekend hari tu, agak meriah jugak di tempat kawasan kerja aku ni . Mana tak nya, team kerja aku telah berjaya menumbangkan sebuah pokok keranji lama yang agak besar.. dan secara tak langsung , pesta mengutip buah keranji telah pun berlangsung... hahaha..
meriah , cukup meriah...




Buah Keranji ( sedap jugak rasanya ni.. )



Orang kampung mula turun untuk mengutip buah ( ramai lagi yang duduk kat atas bukit ni, malu - malu la pulak nya, hahaha.. )



sedang mencari dahan2 yang lebat dengan buah



Abg Mie dan aku pun turut serta sekali ( jenuh nak ngutip ni )



Sesi mengutip tanpa banyak bicara.. hehehe..



Abg Md. Nor bersama anak2 ( kerahan tenaga utk ngutip la, hahaha )



Puas nak memenuhkan buah keranji ni dalam kotak , maklumla buahnya kecik2 je.. huhu..



Hampir maghrib, semua pun balik.. keesokan pagi nya bersambung balik..
proses mengutip buah nya la..

Banyak lagi aktiviti2 kat hutan ni ( tanGkap landak, ayam hutan, tembak pelanduk & kancil, cari akar kayu, akar kayu ? kahkahkah.. nak bagi kuat ke ? kahkahkah.. insyaAllah kalau berkesempatan boleh la update kan sikit dalam blog ni, hehe... chow...



Friday, March 13, 2009

Pelangi... !



Aku suka dengan lagu ni...

Performance dorang last weekend kat Melaka hari tu pun aku suka...

Dan lagi aku suka bila dapat bergambar dengan dia... hehehe...




Joanna with Me...

Saturday, March 7, 2009

Back From KOSMA !



Salam semua..

Alhamdulillah, setelah lama tak menjenguk dan meluncur atas jaring ni.. akhirnya dapat jugak aku mengupdate blog ni..
3 minggu lebih aku bekerja dan bermastautin sebentar di ladang sawit untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan tapak sebuah masjid dan bangunan2 sekelilingnya... quite experience la, huhu..

Pedih, cukup pedih.. Perit, cukup perit... huhu..
3 minggu duduk dalam ladang tu, boleh jem kepala ni.. hehe.. mana tak nya, celcom 1 bar je, maxis takde line ! call susah, sms pun lambat sampai kalau hantar @ pun reply.. paper jarang2 dapat baca, tv pun channel x brapa clear + internet tak payah cakap la, langsung takde !!!



Lokasi ladang ni di Bera.. Atas lagi dari Tasik Bera , Pahang..
Dari Temerloh ( 92 km ) , Bahau ( 75 km ) , Segamat ( 84 km ) , Muadzam Shah ( 66 km )..
Pam minyak paling dekat pun hampir ( 30 km ) dan nak beli sayur ( 25 km ) gak !!

wakakaka.. mana kawan nak pergi ???



Tapi, atas dasar tanggungjawab kerja.. huhu.. aku berjaya jugak menyiapkan kerja2 tanah tapak masjid ni.. InsyaAllah, harap2 dapat la jugak sikit2 pahala nya bila masjid ni siap nanti.. Amin..

Kenangan dalam Ladang Kosma ni memang best walaupun kadangkala perit jugak ( Tidur beralaskan lantai pelepah sawit, bumbung berteduhkan kanvas lori je ), hehe... :-)



Selanjut nya di sini

Sunday, February 8, 2009

Hari - Hari Terakhir di ?..



Assalamualaikum..

Teringat kembali pertama kali menjejakkan kaki ini ke Terengganu sekitar tahun 2001 dulu..
Tika itu aku berada di tahun akhir proses pembelajaran di Politeknik Port Dickson..
Lawatan sambil belajar ke Empangan Hidro di Tasik Kenyir mengimbau nostalgia 8 tahun yang lalu...

4 hari aku bermastautin di bumi penyu ini, membuat research, mandi laut, bergembira di air terjun, bermain wau, melawat kilang batik dan ronda2 di bandar KT bersama teman-teman adalah hari2 yang cukup menceriakan bagi ku...

Nasi Dagang dan keropok lekor yang selalu dimomokan , aku sambut dengan begitu mesra sekali apabila berada di Kuala Terengganu..

Dan hari ini, setelah lebih dari 2 tahun menjadi rakyat sementara Terengganu, mengenali asam garam masyarakat, budaya, sosial dan politik setempat membuatkan Terengganu ini Hometown kedua buat aku terutamanya di Kampung Merang, Setiu ni..

Dari Besut ke Kemaman, Jabor ke Jerangau..
Boleh dikatakan semuanya telah ku susuri dengan jayanya...

Dan yang paling aku suka, bila pertama kali sampai ke Terengganu dulu.. Masjid Terapung la yang aku hendak tujui...
Sempat mandi dan bersolat subuh, membuatkan hati begitu tenang sekali..
Bersarapan di Kuala Ibai dan berjalan mengambil angin di sepanjang Pantai Batu Burok... meruapakan suatu memori yang indah..

Pantai yang cukup cantik,dengan pasir yang bersih serta deruan ombak memecah tepian pantai..
Memang cantik, Cukup cantik... Terpesona bila kala melihatnya...

Hari - hari terakhir di Terengganu, begitu sebak sekali dan menyentuh bagi ku...
Seperti berat saja badan untuk melangkah pergi, tetapi apakan daya ... tuntutan kerja memaksa diri ini melangkah pergi jua.. InsyaAllah , jika berkesempatan.. Pasti aku akan ke Terengganu lagi...

Allah Peliharakanlah Terengganu dan Rakyat nya sekali.. Amin..

Di Masjid Terapung , Kuala Ibai , Terengganu

____________________________________

Besok akan memulakan kerja di tempat baru.. Maybe di Kuantan @ Muadzam...

Apapun, kerinduan di Terengganu akan sentiasa di hati.... wakakaka...

Tuesday, February 3, 2009

Lucky...

Lucky ( Jason Mraz Feat Colbie Caillat )




Lucky I'm in love with my bestfriend

Lucky to have been where i have been

Lucky to be coming home again

Lucky we're in love in every way

Lucky to have stayed where we have stayed

Lucky to be coming home someday .




Friday, January 30, 2009

Eclipse !

26 Januari 2009 ( 5.30 ++ pm )

Cuaca agak mendung sedikit seakan akan nak hujan .
Angin sepoi-sepoi bahasa , kadangkala tak berangin .
Petang yang penuh dengan majlis2 keraian , majlis bertunang di sana sini , kenduri kendarat ,
cukur jambul dan sebagainya..

Tapi sebenarnya bukan awan nak hujan dan bukan tak berangin .
Cuma Gerhana Matahari datang menyingah sebentar menutupi kepanasan petang itu .
Peluang tak dilepaskan , sambil memakai cemin mata hitam , agak jelas kelihatan di mata sendiri . Pengalaman kedua setelah kali terakhir melihat jelas ketika di Form 3 dulu .

Kekuasaan Ilahi yang tiada tolok bandingnya... AllahuAkbar .





-------------------


p/s : tercari cari jugak, di mana semua superhuman Heroes tika tu.. Sylar, Nathan Petrelli, Peter, Hiro Nakamura, Athur, Claire, Angela , Parkman, Dr. Suresh dan yang lain2.. hahahaha...

Selanjutnya di sini

Sunday, January 25, 2009

Happy Chinese New Year



Selamat Tahun Baru Cina