Friday, August 29, 2008

Merdeka....


SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 51
31 OGOS 2008
SEMOGA MALAYSIA AKAN TERUS DIRAHMATI, SELAMAT, MAJU , AMAN DAN MAKMUR SELAMANYA...
PROUD TO BE MALAYSIAN

Wednesday, August 27, 2008

Tahniah Datuk Seri..


Sebelum aku memulakan bicara, terlebih dahulu ucapan TAHNIAH buat Datuk Seri Anwar kerana telah berjaya memenangi PRK Parlimen Permatang Pauh semalam .

Banyak rintangan, halangan, ranjau, onak + duri, manis dan pahit yang beliau lalui sepanjang berkecimpung dalam arena politik tanah air . Mungkin tiada orang2 politik specially MP's BN la yang pernah melalui perjalanan seperti beliau.

Apapun, keputusan malam tadi telah menjadi saksi satu Malaysia, Anwar akan kembali ke parlimen di atas kejayaan di Permatang Pauh. Syabas Datuk Seri...

Mengenang kembali PRU ke 12 , aku ada di Terengganu ketika tu.. Stakat ceramah & roadshow PAS dan PKR di Ganu + Kelantan.. memang boleh dikatakan , aku tak ketinggalan la.. Cuma ada sikit persamaan dengan PRK P.Pauh kali ni . Masa tu tak lain dan tak bukan, Menantu Imam Besar Islam Hadari ni kejap2 dok turun Kelantan , nak kuburkan PAS katanya... Nah kau !!! Pas di Kelantan menang besar akhirnya.. Malu la brother... Dan di P.Pauh pun sama juga, salah satu faktor kekalahan + memalukan besar BN ni disebabkan si Khairy . BN buat2 la post motem banyak2 pasal si bedebah ni dan kalau ada PRK lain, pasti kalah teruk lagi kalau bedebah ni turun padang skali.. COMFIRM !


Lastly, Selamat menunaikan tanggungjawab Datuk Seri..

Harapan Rakyat Bersamamu.....




Monday, August 25, 2008

Sunday, August 24, 2008

Bersyukur la.. Minyak Turun !

Keadaan dan suasana hari ni cukup2 mencabar + agak berat bagi orang2 macam aku ni yang boleh dikategorikan berada dlm kelas pertengahan. Dengan kos sara hidup yang tinggi melibatkan kenaikan harga minyak dan secara tak langsung harga barang pengguna dan lain2 pun naik melambung tak tentu arah.. ( cuma la ni gaji je tak naik2 )


Apapun, Langkah kerajaan Imam besar Hadhari Malaysia menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen/lit & 8 sen/lit untuk diesel sehari yang sudah, aku sambut dengan hati terbuka, dalam erti kata lain "bersyukurlah tu" kerana akhir nya kerajaan kita ni tau juga keperitan rakyat yang berada di bawah . Tapi aku rasa mungkin kerajaan patut boleh mengurangkan lagi harga minyak sebanyak 30-50sen berdasarkan harga minyak global yang semakin jatuh merudum .


Kalau kita tengok rekod kerajaan pak lah, banyak kali dah dia naikkan harga minyak ni sepanjang 1 penggal dia dok jd PM , tahun 2004 (3 kali naik) kalau aku tak silap, dr RM1.++ - RM 1.42 . Tahun 2005 (2 kali naik ) dari RM 1.42 - RM 1.62 . Tahun 2006 pula ( 1 kali ) dari RM 1.62 - RM 1.92 . Tahun ni je, lepas Tsunami Politik 8 Mac ari tu + harga minyak mentah global mencecah 140 USD , pak lah bersama team nya menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 untuk petrol & RM 2.58 bagi diesel. Apa yang bole aku kata, ianya cukup2 membebankan rakyat dan pak lah , u memang pakar dalam menaikkan harga minyak kat malaysia ni. Kalau kerajaan naik kan secara berperingkat mungkin keadaan tak seteruk hari ni seperti menghadapi tekanan inflasi yang tinggi,barang melambung harganya akibat kenaikan kos pengangkutan dan lain2 lagi..



Tapi, bila aku buka tv tengok berita TV3 ke, Bernama TV ke dan seangkatan dengan nya, yang kena interviu tu aku rasa dia orang pro kerajaan la sb semua nya ucap kan trima kasih pada kerajaan sb dapat mengurangkan sikit harga minyak.. Yes , memang betul bole la mengurangkan sikit beban tapi macam aku ni yang pakai keta diesel, stakat 8 sen apa ke jadah nya turun.. baik tak payah turun !!! serupa je !!!

Yang pasti, penurunan harga minyak ni ( walaupun sikit ) adalah sikit2 bersabit dgn Permatang Pauh punya election. Kita tunggu dan lihat je la nanti dalam 2 hari lagi ni, macam2 benda kerajaan nak umum nya yang mana semua nya untuk kepentingan rakyat , katanya lah !!





Satu lagi, perkara yang paling popular dalam kempen pilihanraya P.Pauh kali ni tak lain dak tak bukan , SUMPAH RASMI . Dari coffee boy Anwar sebelum penamaan calon sampai ke Datuk Najib . Aku pun tak tau la ni, sikit2 sumpah . kalau macam ni baik tak payah ada mahkamah, gi sumpah je settle la apa2 kes skali pun... dunia... dunia....

Aku pasti, kita pun dah semakin cekal & matang dalam melalui liku2 hari mendatang cuma aku mengharapkan kerajaan dapat lebih turun lagi ke akar umbi supaya dapat mengetahui masalah2 rakyat yang semakin terhimpit kerna keadaan kos sara hidup yang tinggi lagi membebankan .


Tak gitu !

Wednesday, August 20, 2008

Peliknya Manusia ( Part 2 )

Sambungan dari part 1


Pelik Ya, betapa seruan & teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita. Tapi, betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaan nya lama dan panjang.

Pelik Ya, rasa susah sungguh untuk habiskan bacaan Al-Quran walau pun satu halaman, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis dilahap .

Pelik Ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert , tetapi cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik Ya, susah nya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudah nya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

Pelik Ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di dalam email layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan di dalam Al-Quran .

Pelik Ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir 2 3 kali .

PELIK TAK KITA....... ?
Tepuk Dada ..... Tanya iman di HATI .

Wassalam .

Monday, August 18, 2008

Syabas Chong Wei




Firstly, Congratulations to you Chong Wei sb dapat membawa balik pingat perak untuk Malaysia di temasya Olimpik Beijing 2008 ni. Aku pun tumpang bangga + gembira juga la ( walaupun sedikit kecewa sb tak dapat gold medal ). Apapun good try dlm final game malam tadi..

Aku pun tak tau la mcm ada yg tak kena bila permainan Chong Wei serba tak menjadi malam td jika nak dibandingkan game dia yang lain dr awal sampai semifinal ! Starting cukup mendebarkan aku, setengah game terus out... eh apadah ni !


Aku rasa mungkin tekanan dalam stadium tu kot buat dia gabra sikit @ dia takut kena tiaw dgn Misbun sebab slalu sangkut kat net & bg bola tanggung kat Lin Dan @ pengulas sukan tersohor kita Hj. Hasbullah Awang yang aku naik fedup kadang2 bila dia ulas mustahil nak kejar la, harapan tipis la, oh cantik ( tu bila Lin Dan smash ! ) dan macam2 lagi benda mengarut yang dia cakap . Last skali sb Menteri KBS sendiri datang bagi support nak tak nak je buat dia kekok sikit sb kalau Chong Wei menang mungkin RM 1 Juta dapat ke dia ( tu yang buat Menteri jealous tu ) Ha..Ha..

Apapung...



Sekalung TAHNIAH buat mung Lee Chong Wei kerna mengharumkan nama Malaysia



Sunday, August 17, 2008

Awaiting The Opposition Leader

SIVAJI THE BOSS

P44 PERMATANG PAUH
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Saturday, August 16, 2008

Bebe's Potraits

Saja aku post kan gambar ni sbg kenangan, cewah....



2 jejaka panas di daerah Setiu, Terengganu




Bersama Shah Excavator sewaktu restructure semula kedai + rumah sumbat
( lagi baju yang sama, ha..ha.. )












Oh.. Permatang Pauh !


Aku rasa Kehangatan sukan olimpik di beijing berterusan di Malaysia dek kerana Pilihanraya Kecil Permatang Pauh . Hari ni rasanya di tunggu2 oleh sebilangan besar rakyat Malaysia yang mana ia merupakan hari penamaan calon bagi kerusi P44 Parlimen Permatang Pauh. Aku pun sempat la jugak tengok berita tgh hari tadi jap , "pertandingan 3 PENJURU.." ( Wah, laluan sukar DSAI kali ni ! )


Awal2 lagi DSAI berkata, laluan sukar baginya kali ni di sebabkan beberapa faktor antaranya fitnah & konspirasi kerajaan untuk menjatuhkannya dan takut dia kembali ke arena pentas politik perdana . Umum pun tahu, BN akan menggunakan seluruh jentera nya untuk menyekat kemaraan DSAI , jadi LU PIKIR LA SENDIRI..


Berkenaan lewat petang semalam, terkejut beruk juga aku bila aku tengok berita TV3 pkl 8 malam tadi yang mana si Saiful Bukhari @ Pembantu Peribadi @ Coffee Boy untuk majikan dia (Anwar) dah buat akuan sumpah ( ikut cara Islam katanya ) di Masjid W.P disaksikan imam & para ulama + wartawan & photographer2..


Macam ada yang tak kena, sehari sebelum penamaan calon baru nak berSUMPAH.. Pelik !


Aku pun malas nak komen banyak2 sb benda ni pun dlm investigation lagi..


Tapi, yang penting AWAS untuk pengundi permatang pauh , kalau nak tengok PENGUNDI HANTU, kali ni pasti ramai hantu2 yang akan mengundi pada 26 Ogos ni.. Berwaspada lah ya..



Anyway, Selamat Berjaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh kali ni..


Mengundi Tanggungjawab Bersama .

Pingat Olimpik Dalam Genggaman



Salam semua.. Terpanggil aku untuk berkongsi kegembiraan sebagai rakyat Malaysia kerna dek peristiwa lewat petang semalam..

Pertama sekali aku cukup berbangga dengan Pemain perseorangan no.1 negara , Lee Chong Wei kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir olimpik di Beijing kali ni..

Ini bermakna kemarau pingat kita ( tak kira la pingat apa pun ) dlm 3-4 musim olimpik yang lalu berakhir la sudah.. EMAS @ PERAK dalam genggaman la sekarang..


Yang pasti , kalau pingat emas Chong Wei dapat kali ni, RM 1 Juta pun dalam genggaman dia jugak la.. ( ha, kerajaan kan sungguh prihatin dalam meniupkan semangat patriotisma & kesukanan yang tinggi di kalangan atlit2 tanah air kita, hu..hu.. )


Apapun , banyak pro & contra nya tentang habuan yang ditawarkan oleh kerajaan islam hadhari Malaysia kepada atlit2 kita di temasya olimpik kali ni.. ( aku malas nak komen lebih2 )

Yang aku tercari2, mana atlit2 melayu kita ?

Tepuk Dada , Tanya Selera... :-(



Peliknya Manusia ( Part 1 )

Saja aku postkan ni untuk renungan bersama ...

PELIK YA, duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke pasaraya MAIDIN & lain2

PELIK YA, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untik satu cerita komedi.

PELIK YA, betapa lamanya 1 jam di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

PELIK YA, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang 2-3 kaset berkali-kali.

PELIK YA, dengar iklan jualan murah dalam TV , rasa tak sabar2 nak pergi beli belah, tapi dengar laungan azan tak sabar2 nak tukar channel lain .

PELIK YA, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi masjid @ surau dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi .

PELIK YA, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjat kan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang dengan kawan2 .

To Be Continued...

Friday, August 15, 2008

THANKS SINGH


Assalamualaikum..
salam buat semua yang sudi menjengah kat blog aku yang tak seberapa ni.. Firstly, aku rasa ok sikit sb berjaya jugak la aku membuat blog sendiri ni.. bukan apa, tuntutan kerja aku yang bz sokmo & tak menentu ni membuat kan aku kurang sikit melayari internet 1-2 tahun kebelakangan ni .
Apapun, aku cuba express kan la apa yang terpendam & terpahat dalam pikiran aku dalam blog ni...
Adios..
p/s : thanks + credit to singh sb bagi aku pinjam laptop ko.