Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Hari Raya Aidilfitri .
Maaf Zahir Dan Batin .




Friday, September 26, 2008

Melayu Di Hari Raya


Gambar ni dah lama berlegar - legar kat internet.
Cuma aku nak postkan kat sini untuk tatapan semua ..

Brother ni memang melayu yang lengkap dengan baju kebangsaan melayu nya. Aku pun hairan kat dia ni, kalau pun nak pergi beli nombor ekor ingat2 la sikit yang mana halal dan yang mana haram. Mungkin dia ni baru balik solat sunat Aidilfitri @ solat Jumaat @ baru lepas beraya open house kat mana2.

Malu la brother kalau you punya bini ke, anak ke, saudara ke mahupun jiran tetangga nampak kau ni kat kedai ekor. Buat la kerja2 yang berfaedah sikit, tak gitu...

Kepada muslimin semua, hari raya kita ni tak lama lagi tiba. Maybe jatuh pada hari Rabu. Race nombor ekor ni kalau tak silap aku ada pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad . Jadi korang yang kaki nombor tu ingat2 la sikit ya, mungkin next gambar korang pula ada kat internet..

Ok. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin...

p/s : malu aku nengok muka melayu masuk kedai ekor dengan bangga & selamba nya.

huu....huu....

Thursday, September 25, 2008

Perkara Yang Baik Harus Diteruskan

Assalamulaikum..
Alhamdulillah awal hari ni, kerajaan kita telah pun menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen bagi petrol dan diesel sebagai buah tangan untuk rakyat menjelangnya hari lebaran tak lama lagi ni.. Terima kasih Pak Lah..
Tapi, ada seperkara lagi yang cuba aku panjangkan iaitu berkenaan indeks Rasuah kat Malaysia bagi tahun ni.. Perang RASUAH yang Pak Lah lancarkan dulu, hari ni tak banyak pun yang berubah.. (tahap indeks masih 5.1 daripada 10 ). Tapi apa yang kita lihat, boleh tahan jugak la pemberi & penerima rasuah dok kena cekup , tiap2 hari keluar tv tu..
2 Tahun ni, Aku boleh dikatakan "Most Wanted People In Site" la kat sini . Bukan apa, kerja aku ni selalu kena berhadapan dengan pihak berkuasa seperti Polis, JPJ , PTG dan seangkatan dengannya.. Company aku ada la lebih kurang 10 buah lori ( 10 wheeler ) yang mana semuanya di bawah jagaan aku untuk running kan projek ni..
Mungkin aku ni terlalu OUTSPOKEN dan selalu berpegang pada prinsip ( gaduh dgn polis & JPJ biasa la ) yang menyebabkan dorang ni selalu attack aku punya lori, dalam erti kata mudah
"SAMAN ATAU TIMBANG". Banyak juga la duit company aku dok perhabis bayar saman ni..Nak duit KOPI, sorry.. Berkawan tetap berkawan but please la, kalau tiap2 minggu datang nak mengepau, die standing la macam ni brother..

Apapun, Alhamdulillah.. setelah hampir sebulan puasa ni, kurang sikit la gangguan dari malaun2 ni . Rasanya mungkin dorang ni off duty kot bulan Ramadhan ni ( ha..ha..) . Aku harap dorang jauh2 kan lah dari perkara2 yang tak baik untuk dilakukan. Emm.. Kalau Perkara2 yang baik yang dibuat pada bulan puasa ni harus la diteruskan . Ok.


Yang baik kita jadikan Teladan, Yang jahat kita jadikan Sempadan.


Choww..



Sunday, September 21, 2008

Keberkatan Lailatul Qadar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. pejam celik kita sudah pun sampai ke sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan kali ni. Pendek kata terlalu cepat masa berlalu tanpa kita sedari.. Harap - harap kewajipan dan kebajikan yang kita buat akan diberkati dan diredai oleh Allah s.w.t hendaknya..
Menjelang 10 malam yang terakhir ni, umum nya tahu terdapat 1 malam yang penuh dengan keberkatan dan lebih baik dari seribu bulan.. Itulah tingginya kedudukan Malam Lailatul Qadar.
Firman Allah ;
1."Ertinya : Sesungguhnya kami menurunkan Al-Qur'an pada malam Lailatul Qadar, tahukah engkau apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan, pada malam itu turunlah malaikat - malaikat dan Jibril dengan izin Allah Tuhan mereka (untuk membawa) segala urusan, selamatlah malam itu hingga terbit fajar" ( Al-Qadar : 1-5 )
2. "Ertinya : Sesungguhnya kami menurunkannya pada satu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh dengan hikmah, iaitu urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" ( Ad-Dhukan : 3-6 )
Sabda Rasullulah :
1. "Ertinya : Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan " ( Hadits Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169 )
2. "Ertinya : Barang siapa berdiri (Solat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
( Hadits Riwayat Bukhari 4/217 dan Muslim 759 )
Banyak lagi Firman Allah s.w.t dan sabda Nabi (s.a.w) yang menunjukkan tentang keberkatan malam Lailatul Qadar ni. InsyaAllah , moga kita semua dipertemukan dengan malam yang penuh dengan seribu rahmat ni.. Amin..

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan and My Jobs


Assalamualaikum....

Seminggu lebih ni cukup - cukup tough bagi aku, maklum la terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum menjelang nya cuti Hari Raya nanti... Kebanyakkan kerja - kerja premix ( mengeTAR jalan ) yang dijalankan la dalam minggu ni...







Tapi yang best nya, alhamdulillah semua workers aku boleh tahan puasa diaorang termasuk aku selaku leadership dorang ( he..he..) . walaupun terpaksa berpanas terik siang hari + temperature premix tu sendiri mencecah 140 darjah celcius, peh mesti pedih punya la nak menahan lapar dan dahaga . Workers aku yang lain pun sporting juga la specially Indian sebab dorang pun sama cuba berpuasa macam kita orang jugak.. salute to them.. ( maybe Hindu Hadhari kot, ha..ha.. )




So, walau seberat mana kerja dan tanggungjawab kita, berpuasa jangan la ditinggalkan kalau takde alasan yang boleh menyebabkan kita tak boleh berpuasa.. Banyak keberkatan dan pahala yang kita perolehi sekiranya kita menunaikan Rukun Islam yang ketiga ni..
Adios..


p/s ; bila PM Dollah nak letak jawatan ha !!

Thursday, September 11, 2008

Tazkirah Ramadhan

Assalamualaikum..

Sempena bulan Ramadhan ni, aku post kan sikit Tazkirah untuk kita jadikan pedoman bersama.
Yang baik kita turutkan dan yang batil kita jauh - jauhkan la hendak nya...


GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR


BERWAJAH KERA
suka menabur fitnah sesama manusia


BERWAJAH KHINZIR ( BABI )
suka memberi dan menerima rasuah


BUTA KEDUA BELAH MATA
hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman


PEKAK DAN BISU
suka menunjuk - nunjuk amal ibadat dan kebajikan yang dilakukan kepada orang lain


TUBUH YANG MENGALIR NANAH DAN DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI.
golongan yang berilmu dan mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.


BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran


BERJALAN TERHOYONG HAYANG SEPERTI CACAT
orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan


BERJALAN SEPERTI ORANG MABUK
orang yang suka bercerita hal-hal dunia di dalam masjid


RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
suka makan riba ' orang yang digelar ' along @ ceti '


TIDAK BERTANGAN DAN TIDAK BERKAKI
suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling


WAJAH DAN BADANNYA SEAKAN KHINZIR
suka mempermudahkan solat dan lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun


PERUTNYA DIPENUHI ULAR DAN KALA JENGKING YANG SERING
MENYENGAT - NYENGAT
tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya terhadap perniagaan dan
lain - lain zakat


BADANYA BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
melakukan maksiat secara sembunyi - sembunyi


TIDAK BERLIDAH DAN DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah


BERJALAN KAKI KE ATAS DAN KEPALA KE BAWAH , DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
suka melakukan zina


MUKA HITAM DAN PERUTNYA DIPENUHI API
suka makan harta anak yatim


KULIT DIPENUHI SOPAK DAN KUDIS
orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya


GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KE PERUT, NAJIS DAN AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
orang yang suka minum arak atau segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan
lain - lain




Saturday, September 6, 2008

Seminggu Ramadhan

Assalamualaikum...


Sebelum terlupa, rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan pada semua Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1429 Hij .Sedar tak sedar , udah hampir seminggu kita berpuasa di dalam bulan ramadhan ni, alhamdulillah banyak perkara yang baik dapat aku terapkan dalam diri ini berbanding bulan2 lain .


Kesempatan cuti awal puasa hari tu , aku pulang ke kampung untuk berpuasa bersama dgn baba & mak . Adik beradik aku yang lain ( Kak Nita, Kak Umi & Abg Aah ) takde kerana balik ke rumah mertua masing2 kecuali adik aku yang sorang ni, Aji . Aku dapat rasa la juga kegembiraan mak & baba aku pada anak2 teruna dia ni bila dapat pulang berpuasa, sahur dan berbuka pada awal2 puasa ni bersama dia orang .


Banyak juga seloka dan corat coret dalam waktu berbuka puasa kami berempat hari tu, dari bab kerja, politik , guru, kahwin dan macam2 lagi la. Pendek kata kecoh jugak la walaupun berempat je... 3 hari berada di kampung rasa tak cukup masa la pulak, so masa yang ada hari tu , aku banyak luangkan masa bersama baba ku . Dari teman kan dia ke mana2 ke, pergi kebun ke dan lain2 aku akan cuba habis kan masa aku dengan dia. Banyak yang diborakkan oleh baba sewaktu aku bersama dia. Orang Lama la katakan, so topik perbualan tu banyak la sikit ke arah politik tanah air, isu semasa, dunia dan lain2 . So, banyak jugak la ilmu dan maklumat yang aku dapat untuk merencana kan masa depan aku..


Kekadang, Sayu juga aku bila tengok orang tua aku makin lama makin uzur.. Doa anak2 akan sentiasa menemani baba dan mak supaya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak nya...


So, bulan baik dan berkat ni, sama2 la kita cuba menambahkan amal ibadat kita pada Allah , banyak berbuat kebaikan , sedekah dan mengawal nafsu dari segala bentuk kemungkaran .

InsyaAllah.....


16 September ? No comments.. Wait and see...