Saturday, September 6, 2008

Seminggu Ramadhan

Assalamualaikum...


Sebelum terlupa, rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan pada semua Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1429 Hij .Sedar tak sedar , udah hampir seminggu kita berpuasa di dalam bulan ramadhan ni, alhamdulillah banyak perkara yang baik dapat aku terapkan dalam diri ini berbanding bulan2 lain .


Kesempatan cuti awal puasa hari tu , aku pulang ke kampung untuk berpuasa bersama dgn baba & mak . Adik beradik aku yang lain ( Kak Nita, Kak Umi & Abg Aah ) takde kerana balik ke rumah mertua masing2 kecuali adik aku yang sorang ni, Aji . Aku dapat rasa la juga kegembiraan mak & baba aku pada anak2 teruna dia ni bila dapat pulang berpuasa, sahur dan berbuka pada awal2 puasa ni bersama dia orang .


Banyak juga seloka dan corat coret dalam waktu berbuka puasa kami berempat hari tu, dari bab kerja, politik , guru, kahwin dan macam2 lagi la. Pendek kata kecoh jugak la walaupun berempat je... 3 hari berada di kampung rasa tak cukup masa la pulak, so masa yang ada hari tu , aku banyak luangkan masa bersama baba ku . Dari teman kan dia ke mana2 ke, pergi kebun ke dan lain2 aku akan cuba habis kan masa aku dengan dia. Banyak yang diborakkan oleh baba sewaktu aku bersama dia. Orang Lama la katakan, so topik perbualan tu banyak la sikit ke arah politik tanah air, isu semasa, dunia dan lain2 . So, banyak jugak la ilmu dan maklumat yang aku dapat untuk merencana kan masa depan aku..


Kekadang, Sayu juga aku bila tengok orang tua aku makin lama makin uzur.. Doa anak2 akan sentiasa menemani baba dan mak supaya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak nya...


So, bulan baik dan berkat ni, sama2 la kita cuba menambahkan amal ibadat kita pada Allah , banyak berbuat kebaikan , sedekah dan mengawal nafsu dari segala bentuk kemungkaran .

InsyaAllah.....


16 September ? No comments.. Wait and see...

2 comments:

Anonymous said...

pak ngah memang banyak pengalaman hidup..aku kalau borak2 ngan pak ngah banyak dapat pengajaran!..hang tulis la cerita2 pak ngah dalam blog ni boleh org lain share sekali!...my doa to pak ngah and mak ngah jugak!

16 sept? susah sikit sebab MP BN semua pegi lawatan sambil belajar kat taiwan ke ape tah....rakyat jelata budget duit nak balik raya deorg boleh perabis duit buat lawatan sambil belajar ke overseas...pi la zoo negara ke murah sikit...

Dzuan said...

Insyallah bang, kalo ada kesempatan nanti be tulis la ( pak ngah story )kat blog ni..

MP BN pi Zoo Negara? YES!!! Cadangan yg baik tp begitu mustahil terjadi. Dorang apa peduli kalo pergi oversea, bukan pakai duit dorang pun tp duit rakyat. Ni namanya Kerajaan yang sentiasa bersama rakyat di kala susah & senang .

Bayangkan kalo MP BN tak jadi MP lagi, kesian la dorang bang tak boleh gi oversea free lagi ( lagi titik duit rakyat ! ) betui tak !