Friday, January 30, 2009

Eclipse !

26 Januari 2009 ( 5.30 ++ pm )

Cuaca agak mendung sedikit seakan akan nak hujan .
Angin sepoi-sepoi bahasa , kadangkala tak berangin .
Petang yang penuh dengan majlis2 keraian , majlis bertunang di sana sini , kenduri kendarat ,
cukur jambul dan sebagainya..

Tapi sebenarnya bukan awan nak hujan dan bukan tak berangin .
Cuma Gerhana Matahari datang menyingah sebentar menutupi kepanasan petang itu .
Peluang tak dilepaskan , sambil memakai cemin mata hitam , agak jelas kelihatan di mata sendiri . Pengalaman kedua setelah kali terakhir melihat jelas ketika di Form 3 dulu .

Kekuasaan Ilahi yang tiada tolok bandingnya... AllahuAkbar .





-------------------


p/s : tercari cari jugak, di mana semua superhuman Heroes tika tu.. Sylar, Nathan Petrelli, Peter, Hiro Nakamura, Athur, Claire, Angela , Parkman, Dr. Suresh dan yang lain2.. hahahaha...

Selanjutnya di sini

Sunday, January 25, 2009

Happy Chinese New Year



Selamat Tahun Baru Cina

Wednesday, January 21, 2009

Majlis Kesyukuran

Salam...

Alhamdulillah, hari ni tempat aku ada mengadakan majlis kesyukuran sempena Battle Of K.Terengganu baru2 ni. Pimpinan Pas kawasan ni telah menjemputku untuk hadir sama ke majlis ni.. Untuk makluman, Pas kawasan aku ni terlibat secara langsung di Dun Ladang membantu PAKATAN menang di P.36 hari tu..

Rezeki tak ditolak, musuh jangan dicari.. hehe.. Aku bersama beberapa rakanku turut join sama pada majlis ni.. Katanya, YB Baru akan datang memberi penghargaan serba sedikit buat upu kawasan merang ni.. Bagi aku, ini satu bonus bagi pas kawasan kerana YB baru ikhlas untuk turun bersama rakyat..

Banyak yang aku perolehi tadi semasa majlis ni tadi.. Majlis bermula dari awal pagi lagi, penyembelihan seekor lembu membuka gelanngang pagi tadi. Diikuti acara gotong royong memasak gulai , jamuan makan untuk seluruh kampung dan majlis beramah mesra dengan YB Wahid Endut. Ukhwah sillaturahim & semangat gotong royong sesama masyarakat terutamanya pendukung2 Pas jelas terpancar pada majlis ni.. bukan memuji, tapi realiti..

Orang ramai memenuhi markas pas kawasan
Acara memotong daging lembu

Pemuda sedang tekun memasak gulai

Majlis makan tengahari

Pimpinan Pas Kawasan bersama YB baru


Aku pun duduk sebaris dengan YB Hj. Wahid Endut, hehe..


YB Hj. Mohd Abd Wahid B. Endut memberi ucapan



Orang ramai mengambil juadah untuk makan bersama YB Wahid.



Bergambar kenangan dengan YB Hj. Mohd Abd Wahid B. Hj Endut
Ahli Parlimen K.Terengganu ( P.036 )
Syabas dan Tahniah sekali lagi buat Pas Kawasan Merang kerana berjaya mengadakan majlis kesyukuran ni .

Sunday, January 18, 2009

Tahniah & Syabas buat PAS


Tahniah di atas kemenangan PAS dalam Pilihanraya Kecil P036.

Berkat doa dan usaha dari semua pihak seperti rakan2 dalam Pakatan Rakyat, Blogger2 yang berkampung lebih dari seminggu di KT ni serta yang terutamanya pendokong2 parti Pas khususnya membolehkan Pas berjaya menewaskan BN dengan majoriti yang agak besar..

Tahniah dan syabas sekali lagi buat PAS .

Takbir !! AllahuAkbar..

-------------------

Coretan + gambar2 semasa hari mengundi akan diupdate semula :)

Saturday, January 17, 2009

Last Call From KT : Selamat Mengundi


Penyokong Pas memenuhi Markas Dewan Pemuda Pas ( Wakaf Mempelam )

Hampir 3000 orang membanjiri ceramah Pakatan Rakyat

DSAI di Pentas Pemuda Pas ( Wakaf Mempelam )
Penyokong & Pendukung yang tertib



Orang Ramai membanjiri markas Pas , Pulau Kambing ( Dun Bandar )
Amanat Terakhir dari Tok Guru Nik Aziz

Harapan Menggunung



Balik dengan amanat tok guru dan harapan untuk menang , Takbir !!

Dari pemerhatian aku, sepanjang tempoh berkempen ni, momentum Parti Pas untuk menang agak tinggi.. dari segi corak berkempen, jentera parti dan sokongan padu + konkrit dari rakan2 pakatan rakyat melancarkan lagi kempen untuk memenangi hati pengundi KT.. Tak tertinggal juga bloggers2 semua yang datang ke KT membantu pas dalam mengkuburkan BN di K.Terengganu ni.. hahaha..


Tinggal beberapa jam sahaja lagi, pengundi2 KT akan menunaikan tanggungjawab memilih MP KT yang baru.. Buat semua pengundi K.terengganu.. Selamat Mengundi . Vote For PAS .. Takbir !!


Teringat seloka di pentas PAS :
Rasuah Oh Rasuah
Beri..... Salah
Tak Beri...... Kalah
Jadi UMNO serba salah...
Puak dio beri pitih, demo ambil
Puak dio beri lembu, demo sembelih
Puak dio beri kain pelekat, demo paka
Puak dio beri kertas undi, demo pangkah bulan deh !!
Takbir ! AllahuAkbar .

Thursday, January 15, 2009

Takde Gambar Laing ke lening ?




Banyak poster dan gambar2 macam ni di seluruh Kuala Terengganu lening..
Banyak maksud, visi, misi, halatuju, kebajikang dan seangkatang dengannya melalui poster2 ni .

Dari Rakyat , Kepada Rakyat, Untuk Rakyat .


Persoalannya, apa penilaian mung orang wei !!!

Wednesday, January 14, 2009

Doa Buat Saudara2 Islamku di Palestin.

Sekalung Doa buat saudara saudaraku di Palestin..

Ya Allah, selamatkan lah rakyat2 Palestin dari musuh2 islam zionis laknatullah ni..
Berilah bala dan malapetaka kepada israel keseluruhannya.. Amin..


Thursday, January 8, 2009

KT Dilanda Badai Hijau !

Salam..

Alhamdulillah.. Petang tadi sempat jugak aku ke bandar KT untuk melihat sendiri kemeriahan Kempen PRK K.Terengganu ni.. hehe.. Emm, memang sudah dijangka, momentum PRK kali ni ni telah pun bermula dan semakin panas !! ( ingat pak lah dan najib je boleh turung ke ? huhu.. )

Perang saraf + perang poster kelihatan di sana sini menghiasi bandar KT ni... Apa yang aku boleh cakap adalah memang cukup2 MERIAH ! Dengan adanya kamera ciput aku ni, hehe.. sempat la aku ambil gambar sikit2 untuk aku upload kan dalam blog ni..

Bandar KT ( Dari Astaka menuju ke Ladang )


Pulau Kambing ( Jambatan Sultan Mahmud )

Cabang Tiga

Dari simpang Cabang Tiga

Durian Burung ( Wakaf Mempelam )

Dari Manir ke Durian Burung ( Wakaf Mempelam )
Agak lama jugak aku dok pusing2 bandar KT tadi ni, sempat lepak jap kat 1 2 pondok Pas dan Keadilan . Dalam keghairahan aku jalan2 nengok bandar KT ni yang dilanda HISTERIA , hehe..
Aku terjumpa dengan sorang mamat ni.. muka familiar betul !!! uk mang ai !! RPK la.. ada tengah dok lepak2 depan satu cafe ni.. huhu.. terus tanpa segan silu aku menyapa dia bersama wife dia dan beberapa kawan wife dia ( aku rasa la.... )

RPK meyahut sapa aku tadi.. Very Friendly + Fokus !! Itu yang aku boleh katakan tentang RPK ni.. Aku introduce diri aku dan start la sembang2 sikit pasal PRK ni.. Maybe dia ingat aku ni orang ganu kot, hehehe.. Banyak isu yang dibangkitkan.. Dari local issue, pengundi luar dari T'ganu, undi pos, hukum hudud ( emm, Husam kena bantai dengan dia tadi ni pasal berdebat dengan si khairy tu ), huhu.. dan bermacam2 lagi la yang sama waktu dengannya.. Apa yang difokuskan RPK skarang ni adalah pengundi kawasan bandar yang majoritinya kaum cina, kalau dapat tarik hati dorang ni, insyallah boleh menang katanya, huhu.. kawasan melayu PAS boleh handle.. Insyaallah.. dah la skarang tv dok provoke hudud tiap2 hari, kena explain baik2 kat dorang ni , kalau tak habis diliwat dengan BN nanti.. kah.kah.kah.. ketawa besar kita orang tadi..
Lebih kurang 25 minit berlalu, RPK minta diri sebab nak ambil member dia di airport.. Berjabat tangan mengakhiri pertemuan aku dengan RPK tadi.. huhu..

With Raja Petra Kamaruddin
Buat Pengundi KT , korang buat le pilihan terbaik nanti pada 17 hb ni k..
Ada kesempatan lagi, pasti akan ke Bandar KT lagi..
Choww..

Tuesday, January 6, 2009

3 Penjuru di Kuala Terengganu

3 calon yang bertanding untuk PRK KT P.036
Semoga calon kita Hj. Mohd Abdul Wahid B. Endut ( PAS ) berjaya
di PRK KT kali ni.. Takbir !

Penyokong berarak menuju ke stadium negeri

PAS For All.. Yes, mung orang pung pakat bantu pok kite .

Penyokong PAS berarak menuju ke Bulatan Ladang
( Ada Replika Batu Bersurat kat tengah2 Roundabout ni .)


Mung orang ingat sendiri la.. kalu tak leh pitih, boleh ke rama macang ni wei !!!

Gambar ni paling aku suka, hahaha...
Bagus Pak Lah... Bagus Najib... hahaha..

sumber gambar : PR Bloggers
------------------------------

Aku agak terkilan sikit hari ni sebab tak dapat hadir ke kuala terengganu bersama2 penyokong PR untuk proses penamaan calon pagi tadi . Bukannya apa, sebab aku dah planing dengan set2 kampung tempat aku kerja ni nak pergi pagi tadi.. hmm, tapi apakan daya, tuntutan kerja aku lebih penting sebab hari ni ada pula kerja2 resurface premix kat site aku.. huhu..

Yang membuatkan aku marah sangat ni bukan apa, aku dah planing kerja aku ni pada hari sabtu hingga isnin , so pada selasa aku dah free banyak, boleh le aku ke KT join skali bagi support pada Calon PR kita.. tup tup, kene kerja.. Hampeh..

3 hari yang aku plan job aku ni terpaksa ditangguhkan pada selasa, sebab di bandar KT, kebanyakkan jalan diturap semula.. so quarry plant ( tempat yang sama aku order ni ) terpaksa stop order lain, jalan kan projek politik Barisan ni dulu.. Em, Lantoi la mung orang, nak pilihanraya baru nak tar balik jalan . Kalau tak silap aku, jalan2 dekat bandar KT ni baru lagi diturap dalam 3-4 bulan lepas.. Lagi mau membazir ka ! huhu..

Tapi takpe, ada kesempatan aku akan ke KT esok, tengok lagu mana... 2 malam yang lepas dah start naik2 bendera dan poster, hari ni aku ingat satu KT meriah sampai tak nampak dah bandar tu rasanya.. hehehe...

; dapat info dari orang BN tempat aku ni tadi, UMNO Melaka berkampung dekat kawasan Durian Burung untuk sesi berkempen ni.. Hmm, betul2 bengong la dorang ni, tu Dun Wakaf Mempelam , kubu kuat PAS la wei !! , tempat calon kita le... huhu..

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year

Assalamualaikum...

Wishing U all happy memories of the last year and have a great
beginning for this year..

May your dream come true ...


HAPPY NEW YEAR 2009 & SALAM MAAL HIJRAH 1430