Wednesday, January 21, 2009

Majlis Kesyukuran

Salam...

Alhamdulillah, hari ni tempat aku ada mengadakan majlis kesyukuran sempena Battle Of K.Terengganu baru2 ni. Pimpinan Pas kawasan ni telah menjemputku untuk hadir sama ke majlis ni.. Untuk makluman, Pas kawasan aku ni terlibat secara langsung di Dun Ladang membantu PAKATAN menang di P.36 hari tu..

Rezeki tak ditolak, musuh jangan dicari.. hehe.. Aku bersama beberapa rakanku turut join sama pada majlis ni.. Katanya, YB Baru akan datang memberi penghargaan serba sedikit buat upu kawasan merang ni.. Bagi aku, ini satu bonus bagi pas kawasan kerana YB baru ikhlas untuk turun bersama rakyat..

Banyak yang aku perolehi tadi semasa majlis ni tadi.. Majlis bermula dari awal pagi lagi, penyembelihan seekor lembu membuka gelanngang pagi tadi. Diikuti acara gotong royong memasak gulai , jamuan makan untuk seluruh kampung dan majlis beramah mesra dengan YB Wahid Endut. Ukhwah sillaturahim & semangat gotong royong sesama masyarakat terutamanya pendukung2 Pas jelas terpancar pada majlis ni.. bukan memuji, tapi realiti..

Orang ramai memenuhi markas pas kawasan
Acara memotong daging lembu

Pemuda sedang tekun memasak gulai

Majlis makan tengahari

Pimpinan Pas Kawasan bersama YB baru


Aku pun duduk sebaris dengan YB Hj. Wahid Endut, hehe..


YB Hj. Mohd Abd Wahid B. Endut memberi ucapan



Orang ramai mengambil juadah untuk makan bersama YB Wahid.



Bergambar kenangan dengan YB Hj. Mohd Abd Wahid B. Hj Endut
Ahli Parlimen K.Terengganu ( P.036 )
Syabas dan Tahniah sekali lagi buat Pas Kawasan Merang kerana berjaya mengadakan majlis kesyukuran ni .

3 comments:

Jingga Studies said...

woo.haha congrats bebe! wah bergaya ngan new YB! bila hang nak jadik YB pulak..hijau dibukit baru?? Takbir!!!

Anonymous said...

hahaha.. bang, new YB pun baik gak, mersra rakyat.. moga dia dapat jalankan amanah yang dipikul dengan sebaik nya... :)

Anonymous said...

betullah, bebe kau ada gaya YB Bukit Baru.