Wednesday, November 26, 2008

Menghadiri Majlis Perkahwinan Staff ku .

Weekend yang lepas , aku bersama Bujal, Asri dan kak Nor sempat menghadiri majlis perkahwinan staff ku yang seorang ni iaitu Mohd. Suhaimi di Kampung Merang dan Kampung Bintang, Setiu... Majlis yang sederhana tapi tetap meriah...

Mungkin ramai yang tak sedar, projek yang aku buat dalam masa 2 tahun ni, selain dari namanya projek jalan... Projek ni boleh dipanggil projek nikah kahwin . kah..kah..kah..

Mana tak nya , dari Engineer , Lorry Driver , Machine Operator sampai ke General Worker semuanya kahwin masa tengah buat projek ni ( Kamal, Atan, Jagen, Murugan, Haris, Shah Excavator, Shah Indon & penutupnya abang Mie ni la, he.he.he.. )... Semoga Selamat Berbahagia semuanya ya dari aku !! Aku bila lagi ? hu.hu.hu... :)


20 November 2008
Selamat Pengantin Baru
Mohd. Suhaimi b. Ismail & Norsahilawati bt. Md. Sani
Semoga berbahagia selalu hendaknya hingga ke anak cucu ya bang.. he.he.he.. ;)





Gambar di atas ni nampak gayanya aku yang lebih ENTER PRAME dari pengantin !
Sapa mau jawab ni ? kah..kah..kah..






Gambar - gambar ni pula diambil waktu berada kat kampung bintang,
kampung pengantin lelaki la...

Majlis sederhana juga tapi bagi aku tetap happening.. kalau kat sini bila pengantin perempuan bertandang kat rumah lelaki dipanggil " BERLARAK " , aku pun tak tau la spelling nya @ sebutannya betul ke dak, tapi lebih kurang gitu la... Biasanya majlis kat rumah perempuan je yang buat besar sikit .. kat rumah lelaki biasa biasa je...
Apapun majlis kat rumah abang Mie ni pun tak kurang hebatnya, he.he.. banyak sesi santai yang kita buat seperti petik buah pauh, buah johor, minum air labu kayu ( air ubat ni ), lawat kebun getah yang baru ( pengantin siap posing lagi kat situ, he..he.. ) dan mengenali pokok gaharu spesis balak ( rumah dekat gunung, tu yang ada pokok2 gaharu ni ).. Sesi ni aku rasa dah boleh dikategorikan sebagai lawatan sambil belajar ni.. kah..kah..kah..
Lastly, terima kasih daun keladi buat pasangan pengantin kerana sudi melayan kami berempat sebagai tetamu kehormat di kedua dua majlis hari tu , he..he..he.... :)

Sunday, November 16, 2008

Tengkujuh Tiba Lagi...

salam...

Sekarang ni, umum mengetahui sebelah pantai timur ( Pahang, Terengganu dan Kelantan ) le ni dah start sikit2 musim tengkujuh nya..
so, banyak la orang2 kampung yang rata2nya bekerja sebagai nelayan tak dapat turun ke laut sebab ombak besar la ni...

begitu jugak kat tempat aku , ramai orang kampung ( nelayan ) dah start rikeks kat umah masing2 sambil cari kerja2 sampingan...


tapi AWAS.. sebab nya waktu2 sekarang ni la banyak kes2 pecah rumah, pecah pejabat, curi getah sekerap orang dan lain2 antara agenda dan planing mat - mat pit untuk survival dorang ( dah guane.. dok leh turung ke laut , mane nak ada pitih wei !!! )

Maka, dengan kedatangan musim tengkujuh ni la, aku perhatikan masyarakat kampung kat tempat aku ni lebih berhati - hati dan berwaspada .

Ni kes aku jumpa masa tengah layan internet semalam...
dah tak de keje , pergi curi getah kampung orang... dah KANTOI, apa lagi teruk la kena belasah mamat ni sambil dipaksa makan getah sekerap tu...

Amacam be , ape rase getah tu.. Tawau.. kah..kah.kah..




p/s : dah takde keje, gi la masjid.. buat keje2 amal sikit, macam kutip tahi cicak kat dewan sembahyang tu.. mana la tau jawatankuasa masjid bagi makang free kat mu orang ! kah..kah.kah..

Thursday, November 13, 2008

Bond dan Bourne... Mana best ?

JAMES BOND


Ahad lepas , aku sempat pergi menonton cerita James Bond baru di MBO Melaka Mall..

Ok juga la cerita dia.. macam biasa, tradisi Bond selain menjadi agen rahsia yang gempak ,
ROMEO dia for sure tak tinggal la...

Pandangan aku, korang kena pergi nengok dulu la cerita Bond ni... ha.ha.. ( best poit !! )

JASON BOURNE

Ni satu lagi Bourne... No Komen... Memang best giler...

Start dari The Bourne Identity , The Bourne Supremacy dan yang terakhir The Bourne Ultimatum , semuanya aku tak miss la...

Walaupun cerita nya agak kompleks sikit sebab banyak main dengan CIA , Secret Service dan Interpol, aku lebih suka cerita Jason Bourne ni lagi ( bagi aku la.. ). kah..kah..kah..

p/s : bila filem2 kat Malaysia ni nak buat cerita macam ni ha !!!

Thursday, November 6, 2008

Kuda Hitam & Kuda Lasak.... !

Salam..
Minggu ni banyak sangat sangkut dengan kuda la...
Start dari hari Isnin, kuda kepang ( blogger ) dok keluar tv untuk hujah la, lepas tu kajayaan Kuda Hitam yang baru dinobatkan sebagai US New President dan kuda tempat orang slalu beli nombor ekor tiap2 minggu tu.. kah.kah.kah..

The First Black to be elected U.S President

Mr. Barrack Obama



Harap dasar2 yang dirancang presiden baru ni dapat dikotakan...
Tapi yang pasti Amerika tetap akan menjadi Amerika & Sekutu Kuat Regim Israel..

Dasar Luar mungkin sama je kot... takpe la kita nengok kan je nanti !!



FEI WORLD ENDURANCE CHAMPIONSHIP 2008


Semalam petang, habis saja kerja aku terus ke tapak kuda endurance di Lembah Bidong , Setiu ni yang jarak nya tak lah berapa jauh dari site aku ( ada la lebih kurang 3 - 4 km ).. Sambil jalan2 sempat la juga aku pukul gambar sikit2 kat situ, he..he....

Seriously, memang besar dan panjang juga la track kuda lasak kat tempat aku ni ( bayangkan track dia je sampai 160 km panjang nya ( tapi aku rasa satu pusingan baru dalam berapa km je, macam F1 jugak la ) yang penting kuat betui kaki kuda tu ! . 7hb ni pulak dorang punya race, start pukul 7 malam, dijangka tamat pada 8 pagi esoknya.. " Aku ingat kuda tu kena tidur siang gamaknya, sebab malam nak race sampai ke pagi. kah..kah..kah..




Good Luck daripada aku buat kontinjen Malaysia untuk event kuda ni
Malaysia Boleh.. !

Lembah Bidong , Setiu , Terengganu



Sebelah malam tadi pula, aku dengan member berkesempatan pergi ke stadium Gong badak untuk nengok open ceremony event kuda ni.. Serabut jugak kat kepala otak aku ni, dok nengok gelagat orang sini yang begitu exited gila nak tengok persembahan artis2 malam tadi.. Mungkin kerajaan negeri Tengganu ni kena buat Jom Heboh kot, sebab Perkampungan Hadhari tak boleh nak ada konsert2 macam ni... kah.kah.kah..

Orang sikit punya ramai, peeeHHHHH... payah nak cakap beb, sikit punya sesak + jam kat ganu semalam... Bagi aku, ok la acara perasmian malam tadi (Najib & Big Mama pun ada ) kah..kah..,
aku sempat gak enjoy nengok M.Nasir, Ramli Sarip & Jamal punya show je, lepas tu aku pun balik la..

kesal dengan apa yang berlaku malam tadi ( sebab aku pun dah belah awal, hari ni kerja la... ), korang baca la kat sini ;
http://nikhassanazmi.blogspot.com/2008/11/terengganu-majlis-perasmian-fei-wec.html

So, macam mana ?

Islam Hadhari , Terengganu Bestari.... !