Saturday, December 27, 2008

Gegar di Tempatku Tadi !

3.30 pm.. Hari ni cuaca agak baik . Start dari pagi lagi panas berdenkang kat sini membolehkan aku menyambung semula kerja2 measurement yang tak siap2 lagi ni.. huhu...

Sedang aku khusyuk kerja mengukur depan Shell tadi, datang la sorang brother ni negur aku dari jauh...

Bang, mari la singgah bentar sini, ada hadiah kita orang nak bagi ni... !!

Aku agak terpinga2 jap tadi sebab takde angin takde ribut tetiba je brother ni panggil aku... !!
Aku amati betul2... Oh mak Aii !!! Kru Gegar Pantai Timur Naza rupa2 nya... hehe.. Hmm, aku pun apa lagi, disebabkan boring sangat2 dari pagi sampai ke petang asyik ngukur je.. aku pun pergi join la kru2 ni... Memang sporting gila la dorang... Macam skuad2 radio bergerak yang lain, banyak jugak hadiah2 yang nak dibagi nya . Antaranya barang2 dapur, cd, baju dan souvenir dari Thr .. Tapi macam biasa , ada la sikit2 game show yang dorang buat... huhu.. Memang Fun la tadi.... .


3 Kru Gegar Pantai Timur Naza yang sporting bila aku nak pukul gambar dorang tadi, hehe...


Brother ni kena buli nyanyi lagu rindu bayangan la pula untuk dapatkan cd tu.. hancus suara dia, hahaha.. suara aku lagi sedap la poit !! huhu...

Awek Shell ni menewaskan aku untuk mendapatkan baju Thr Gegar, takpe.. ladies first :)


Akhirnya, berjaya juga aku membawa pulang sos MH Mohd ni.. kah kah kah..


Bergambar kenangan dengan Kru2 Thr Gegar Naza ni
Sorry la, perut tak boleh nak cover la... wakakaka....
Ada kesempatan lagi, kita kejar skuad Gegar ni, hehe.. <(^_^)>





Friday, December 26, 2008

Life, Love And Friends

Salam...
Got this from my email.....


Sweet words are easy to say ,
Sweet things are easy to buy ,
But sweet people are difficult to find.....

Life ends when you stop dreaming...
Hope ends when you stop believing....
Love ends when you stop crying....
And friendship ends when you stop sharing....


so, share this with whoever you consider a friends....




To love without conditions...
To talk without intentions....
To give without reasons...
And to care without expectations .


------------

Thanks to wani for give this message to me and for being my friend...
Who is wani ????

Thursday, December 25, 2008

Merry Christmas

Merry Christmas to all Malaysians...
................................
Aku terlalu sibuk sikit dalam seminggu ni, maklum la.. projek dah nak siap ... kena buat final claim la gamak nya.. ( tu yang tak sempat nak update blog ni ), ni pun curi2 masa sikit depan komputer ni untuk wish Merry Christmas la.. huhu..
Insyallah, siap keje claim + joint measurement dengan JKR untuk projek ni, banyak sikit la masa free tu.. so boleh le aku sambung balik berblogging ni... haha..
p/s ; buat mak + baba & kak umi sekeluarga.. didoakan selamat pergi dan balik untuk vacation ke Bangkok kali ni.. Amin..
Dekat Bangkok tu, dah betul2 stabil ke keadaan politik kat sana atau still ada riot di jalanan ????

Monday, December 15, 2008

Papan Tanda ?






Apa yang dapat kita perhatikan dari papan tanda ZOOM ni... kah.kah.kah..

Hmm, papan tanda ni sebenarnya berada depan pejabat tapak aku ni je.. Seingat aku la, signboard ZOOM to Endau Rompin ni dah ada lebih dari 5 bulan kat situ, jadi korang bayangkan la berapa banyak kali aku dok nengok signboard tu je dari hari tu... huhu..

Apa yang menghairankan aku, kenapa pihak yang berkenaan tak letak je signboard ZOOM to Pulau Redang sedangkan tak jauh dari belakang signboard tu ( ada la lebih kurang 200 meter je ) terletaknya jeti besar ke pulau redang . Kalau nak tahu, jika bukan monsoon season ni sikit punya sibuk jalan yang aku buat ni dengan bas2 & teksi2 pelancong yang bawa pelancong ni pergi ke pulau redang ..

Sayang seribu kali sayang sebab tempat aku ni tak di komersial kan dengan semaksima mungkin.. Dana pembangunan untuk pelancongan pun tah kemana pergi nya ! Pelik ! tapi tu yang hakikinya yang terjadi di sini ..

Apa yang melucukan aku adalah gambar2 3 personaliti yang ada kat signboard tu.. Wakakakaka..

Kalau korang pelancong la katakan , bersemangat ke nak pergi melancong bila nengok muka2 tu ? kah kah kah..

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha


Selamat Hari Raya Aidiladha @ Haji buat semua umat islam

-----------------

nampak gayanya aku beraya kat Terengganu ni le ,
tak dapat balik kampung la pulak , cuti boleh sehari je.. huuwwwaa :(
sebab hari tu dah cuti lama....

Tapi takpe , raya kedua orang kampung sini dah ajak aku join korban dekat surau PAS kampung ni.. haha.. Join je la... hehe...

Suka Dan Duka

6 Disember 2008 ( Sabtu )

Suka dengan gambo kat atas ..
Sekarang dah jadi Datuk Shah Rukh Khan... kah kah kah..
Tengok la cara dia salam dengan TYT Melaka tu , ha..ha..
No komen....
Tragedi Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa , K.Lumpur..







Salam Takziah Buat semua mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, K.Lumpur

Maybe ada hikmah di sebalik kejadian ni..

Kerajaaan , Developer, Kontraktor & Consultant kena do something la supaya kejadian macam ni tak berulang lagi...
Aku bukan apa, aku punya job pun banyak main dengan earthwork & infrawork ni,
so kalau nak buat projek dekat dengan kawasan berbukit, design dia mestilah ikut standard .
Kalau bukit tu tinggi, for sure mesti la kena trim slope molek2, pastu buat berm drain supaya air dapat mengalir dengan baik.. Finally baru buat close turfing ( tanam rumput ke @ pokok ke @ bla bla bla.. )
Mungkin retaining wall atau cribwall pun boleh dibuat untuk protect slope tu.. sedangkan jalan pun orang buat benda2 ni, ini kan kawasan private ( rumah orang pulak tu ) .

Kalau benda2 yang standard ni pun tak boleh nak turut, mungkin ada kebocoran @ ketirisan la dalam projek2 hartanah yang telah atau pun yang sedang dijalankan .... Jadi, lu pikir la sendiri !!!!!

Takziah sekali lagi buat mangsa tragedi tanah runtuh ni..
Tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk tempuhi hari mendatang...
InsyaAllah , Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar... Amin.

Saturday, December 6, 2008

Terima Kasih Semua...

Salam...

Hmm, entri kali ni agak touching sikit la ( kah.kah.kah. ) sebab banyak benda yang berlaku dalam hidup aku seminggu ni. Saja nak berkongsi kegembiraan aku ni dengan semua yang aku dah pun selamat bertunang ( tunang je belum kahwin lagi la, haha!! ) ujung minggu lepas iaitu pada Sabtu, 29 Nov 2008.

Pada semua yang ada pada hari tu, jutaan terima kasih dari aku dan keluarga buat semua.. Jasa baik anda semua hanya Allah saja yang dapat membalas nya...

Buat Mr. Jingga , Mr. Berlingo & Sir Aji , thanks pasal sudi postkan engagement day hari tu dalam blog kalian.. hehe.. malu la pula poit, saham dekat Terengganu, Kelantan & Pahang terus jatuh merudum ni.. sapa mau jawab ha, wakakaka...

Tak dilupakan , Mr. Yeye ( My cousin ) @ B&W Photographer & Mr. Fareez for the nice picture that you had taken.. Really appreciated it ! Thanks Bro .....

----------------------

Saja ubah template ni, sebab aku pun dah berubah status.. haha...

Orang kata masa bertunang ni, darah nya manis , betul ke ?
Dr. J, explain la..... kah.kah.kah...