Monday, October 27, 2008

Sebentar Di Kuala Terengganu...

Assalamualaikum...

Emm, Semalam tengah hari, kak nita sekeluarga telah datang melawat Terengganu sebelum bertolak balik ke Melaka . Lawatan Sekolah Bukit Baru yang diadakan selama 2 hari ni ( mengikut laporan kak nita la ) bermula pada Jumaat malam hari tu dari Melaka - Kota Bharu - Rantau Panjang - Kuala Terengganu -terus balik ke Melaka.. Awal - awal lagi dah kak nita imform kat aku yang dia akan ke Ganu, so aku dengan rasa berbosar hati tunggu la kedatangan dorang ni..

Maybe disebabkan kesuntukan masa, jadi rombongan kak nita ni tak dapat lah nak berjalan sakan kat Kuala Terengganu.. Al - maklumlah, terkejar - kejar....

So, sepanjang ada kat kuala semalam, beberapa tempat sahaja yang sempat dorang lawati...
Antaranya, Dataran ShahBandar, Pasar Payang ( ni for sure la sebab cikgu yang nak shopping, kah..kah..kah.. ) , Muzium Warisan, Keropok Lekor Losong , Taman Tamadun Islam dan
Masjid Kristal ( yang RM 30 Juta tu ) yang berada dekat pulau wan man..

Tak berapa banyak gambar yang sempat aku pukul semalam, sebab nya aku dah merangkap jadi pemandu pelancong bagi dorang la, he..he..

Pasar Payang, Kuala Terengganu


Macam macam tenunan ada sini, sutera, songket, batik dan lain lain..
( Ramai yang aku nengok rambang mata semalam, he.he.. )







Sempat berposing dalam kedai, kak nita rasanya dua helai
kat kedai ni dia beli , he.he..


Bersama kak nita sekeluarga kat dalam pasar payang

Tak sah la kalau takde keropok lekor , betul tak ?

Kenangan bersama kak nita sekeluarga berlatar belakangkan Masjid Kristal




Selesai je semua, lebih kurang dalam pukul 5, rombongan sekolah kak nita pun beransur pulang ke Melaka.. Aku pun balik la semula sambung kerja kat tapak ( Lari sekejap je, tapi kerja semua dah atur dari pagi.. he.he.. )
p/s : Rasa ghalat la jugak, sebab banyak tempat menarik yang lain tak sempat nak bawa dorang jalan - jalan .. Takpe, ada kesempatan lain kali, kita pusing habis Tengganu ni.

Sunday, October 26, 2008

Happy Deepavali



p/s : Special wish to Vijay , Murugan , Ranjit , Ravi , Satiya , Jagen & Shoba .
( Semua Rakan sekerja da.. he..he.. )



Saturday, October 25, 2008

Butter Again ?

Butterfingers ( Nicc o 'Tynne )



Just Enjoy it !!!

Thats remind me.. ha.ha..
lots of sweet memories between '96 - '03 ...

Wednesday, October 22, 2008

Pagi Di Mahkamah !

Assalamualaikum....


Akhirnya dapat juga aku luangkan sikit masa untuk update kan blog ni.. ya la 3 - 4 hari ni sibuk sikit dengan urusan dengan pejabat tanah, naik turun pejabat JPJ kat Kuala Terengganu dan turun naik mahkamah.
Pagi tadi , seperti biasa aku dan salah seorang driver aku telah pergi naik Mahkamah Kuala Terengganu pasal lori aku kena timbang dengan JPJ Ogos hari tu. Aku pergi mewakili permit owner lori aku "tak lain dan tak bukan bos aku punya la", ha..ha.. kalau tak silap aku, ini kali ke ENAM aku naik mahkamah dalam setahun setengah ni ( letih la ).. Muka aku pun dah cukup popular la dekat pegawai polis dan peguam ada kat yang ada kat mahkamah tu.. ( segan pun ada juga sebab macam orang bersalah la pulak !! ) mana tak nya, kejap2 muka kau je dok pi mahkamah!

Dekat mahkamah pulak, punya la banyak kes pagi tadi.. so terpaksa la duduk cangok je tunggu orang lain bicara dulu.. Tunggu punya tunggu dalam pukul 11 pagi baru boleh aku dan driver aku bicara.. Ok la sikit tadi sebab dalam sesi rayuan , Tuan Hakim tu ( awek muda poit , rasanya belum kahwin lagi.. he..he.. ) dengan ehsan nya mengurangkan denda sehingga RM 1600 untuk setiap sorang, " kalau tak RM 3000 sorang kena pagi tadi ". Peeehhh !!!!

Cuma tadi, selepas settle bayar semua, aku sempat la sikit bergurau dengan pegawai JPJ yang handle kes aku ni.. Aku bagi tau kat dia ni adalah kali terakhir aku naik mahkamah kat ganu ni sebab projek pun dah nak dekat siap + lori aku semua pun dah takde kat sini ( la ni semua keje kat kuantan - nenasi ) , maka dengan rasminya tak kan ada la lagi saman naik COURT untuk lori aku kat ganu ni lagi.. kah..kah..kah.. ( muka pegawai tu tempe je tak tau la kenapa, mungkin tak boleh nak b'kawan dengan aku lagi kot, ha..ha..ha.. )



So, Kuantan - Nenasi - Pekan , tunggu kedatangan aku kat sana k..



p/s : takut lepas ni kena naik mahkamah Kuantan @ Pekan je !!!

Wednesday, October 15, 2008

Keperihatinan Bapa Demokrasi

Assalamualaikum...

Emm, Terima kasih sekali lagi kepada Pak Lah ( Bapa Demokrasi kita ) di atas keperihatinan beliau menurunkan harga minyak runcit negara berkuatkuasa malam tadi. Yup, harga petrol kini RM 2.30/l & diesel RM 2.20/l . Ok la tu daripada tak turun langsung . Kalau nak dikirakan margin nya, kira banyak juga la yang boleh aku save kan untuk tuang diesel kereta aku untuk pergi kerja dan lain - lain. Memandangkan ekonomi dunia sekarang ni tak berapa stabil, dengan penurunan harga runcit minyak kita boleh la melegakan sikit kos sara hidup rakyat. Tapi aku bersetuju juga dengan beberapa rakan aku dan otai2 kampung malam tadi sambil bersembang kat kedai kopi yang rata2 nya meluahkan " kalau minyak turun skali lagi ni, barang2 keperluan asas dapur ke, nasi campur kat kedai ke dan lain2 bukannya ikut turun skali.. Harga tetap sama be, jadi nak tak nak kena berjimat juga la macam sebelum2 ni" . So, solution nya sama2 la kita berjimat dengan pebelanjaan harian kita .
Sumber Gambar : Malaysiakini

Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi
( Bapa Demokrasi Malaysia )
Ha ! ni satu hal lagi.. naik pecah perut aku menahan gelak bila Pemangku Presiden Gerakan ingin mencadangkan gelaran Bapa Demokrasi Malaysia kepada Pak Lah 3 @ 4 hari yang lepas.. Gelaran itu pun nak diberi atas dasar keterbukaan dan hak bersuara rakyat tak dinafikan selain mereformasikan pelbagai perkara sepanjang pentadbiran beliau ( berjaya ke reform yang dia buat ? ). Pendapat korang macam mana ?
Tinjauan survey aku la , rata - ratanya sependapat dengan aku. Gelaran yang paling layak apa lagi kalau tak Bapa Mertua Khairy buat masa ni .. Tak kira la apa pun gelaran yang diberikan, yang pasti Pak Lah tetap bapa mertua khairy sampai bila - bila , ha..ha..ha.. Khairy pun tengah panas setakat ni sebab sikit pencalonan yang dia dapat untuk jawatan Ketua Pemuda , semuanya ada di sini http://kedahku.blogspot.com/




Mesra nampak nya, lepas Mac 2009 ni lagu mana ?






p/s : Ada rezeki, boleh kita sama - sama tengok apa jadi selepas Mac 2009 nanti !

Sunday, October 12, 2008

Pantun Khas buat Datuk Ali & Datuk Shah Rukh Khan

Assalamulaikum..

Banyak isu yang berlaku dalam seminggu dua hari raya ni... Ada berita gembira ( Pak Lah nak letak jawatan ), sedih ( najib nak jadi PM tahun depan ), meluat + meloya dalam umno dan bermacam - macam lagi dalam politik tanahair kita serta isu semasa..

Terpanggil aku untuk berkongsi sama dengan blogger2 lain tentang salah satu kebijaksanaan TYT Melaka dan Kerajaan Negeri yang diterajui Tok Ali ( DUN aku pulak tu ) menganugerahkan pangkat datuk pada superstar bollywood ( Shah Rukh Khan la.. ) semalam sempena hari jadi TYT Negeri Melaka. Entah apa jasa dia kat Bumi Melaka tu pun aku tak tau..

Memang betul la orang kampung kata Tok Ali & Tun Khalil suka filem Hindustan, tu pasal la yang dorang bagi Datuk pada King Of Bollywood ni. Salah satu faktor lain sebab Tok Ali aku a.k.a PAK LAWAK adalah nak bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan Mac depan ( baru dapat satu pencalonan stakat ni, sedih betul ), bini bakal presiden pun minat sama dengan SRK siap sampai boleh peluk2 , laga2 pipi tu. Ha ! dah kena lah tu Tok Ali dan Tin Rosmah... Entah la...

Kita sama - sama la tengok nanti macam2 lagi kerja "pak lawak" yang dia nak buat dalam masa
terdekat ni, tak percaya, TUNGGUUUUU.....



Pantun untuk Tok Ali aku & Tok Shah Rukh Khan


korang klik la di sini ; http://mutaligat.blogspot.com/2008/10/pantun-untuk-ali-rustam-dan-shah-rukh.html



DATUK SHAH RUKH KHAN

King's Of Bollywood

Jutaan terima kasih kerana berjaya melariskan filem bollywood di Malaysia

dari seluruh rakyat jelata Negeri Melaka.. Ha..Ha..

Note : Nasib baik aku bukan anak jati Melaka ( walaupun aku sayangkan kampung halamanku ), kalau tak mau aku maki kan semua t'masuk ADUN aku skali .. :(