Monday, October 27, 2008

Sebentar Di Kuala Terengganu...

Assalamualaikum...

Emm, Semalam tengah hari, kak nita sekeluarga telah datang melawat Terengganu sebelum bertolak balik ke Melaka . Lawatan Sekolah Bukit Baru yang diadakan selama 2 hari ni ( mengikut laporan kak nita la ) bermula pada Jumaat malam hari tu dari Melaka - Kota Bharu - Rantau Panjang - Kuala Terengganu -terus balik ke Melaka.. Awal - awal lagi dah kak nita imform kat aku yang dia akan ke Ganu, so aku dengan rasa berbosar hati tunggu la kedatangan dorang ni..

Maybe disebabkan kesuntukan masa, jadi rombongan kak nita ni tak dapat lah nak berjalan sakan kat Kuala Terengganu.. Al - maklumlah, terkejar - kejar....

So, sepanjang ada kat kuala semalam, beberapa tempat sahaja yang sempat dorang lawati...
Antaranya, Dataran ShahBandar, Pasar Payang ( ni for sure la sebab cikgu yang nak shopping, kah..kah..kah.. ) , Muzium Warisan, Keropok Lekor Losong , Taman Tamadun Islam dan
Masjid Kristal ( yang RM 30 Juta tu ) yang berada dekat pulau wan man..

Tak berapa banyak gambar yang sempat aku pukul semalam, sebab nya aku dah merangkap jadi pemandu pelancong bagi dorang la, he..he..

Pasar Payang, Kuala Terengganu


Macam macam tenunan ada sini, sutera, songket, batik dan lain lain..
( Ramai yang aku nengok rambang mata semalam, he.he.. )







Sempat berposing dalam kedai, kak nita rasanya dua helai
kat kedai ni dia beli , he.he..


Bersama kak nita sekeluarga kat dalam pasar payang

Tak sah la kalau takde keropok lekor , betul tak ?

Kenangan bersama kak nita sekeluarga berlatar belakangkan Masjid Kristal




Selesai je semua, lebih kurang dalam pukul 5, rombongan sekolah kak nita pun beransur pulang ke Melaka.. Aku pun balik la semula sambung kerja kat tapak ( Lari sekejap je, tapi kerja semua dah atur dari pagi.. he.he.. )
p/s : Rasa ghalat la jugak, sebab banyak tempat menarik yang lain tak sempat nak bawa dorang jalan - jalan .. Takpe, ada kesempatan lain kali, kita pusing habis Tengganu ni.

5 comments:

Unknown said...

Very fine......

Sir Aji said...

bro,sape goodgirl ni?
erm,aku ade post kan gak kat 'my family'...nanti tgk k

Anonymous said...

good girl - ?... Tq

Aji - not sure la sapa . ok nanti aku akan ke sana menjengah.. kalau kau ada skali sini hari tu lagi best.. boleh ngepau kau beli barang2 sikit.. ha.ha..

Anonymous said...

happy bday bey!

Anonymous said...

TQ abg azlie... :)