Wednesday, October 22, 2008

Pagi Di Mahkamah !

Assalamualaikum....


Akhirnya dapat juga aku luangkan sikit masa untuk update kan blog ni.. ya la 3 - 4 hari ni sibuk sikit dengan urusan dengan pejabat tanah, naik turun pejabat JPJ kat Kuala Terengganu dan turun naik mahkamah.
Pagi tadi , seperti biasa aku dan salah seorang driver aku telah pergi naik Mahkamah Kuala Terengganu pasal lori aku kena timbang dengan JPJ Ogos hari tu. Aku pergi mewakili permit owner lori aku "tak lain dan tak bukan bos aku punya la", ha..ha.. kalau tak silap aku, ini kali ke ENAM aku naik mahkamah dalam setahun setengah ni ( letih la ).. Muka aku pun dah cukup popular la dekat pegawai polis dan peguam ada kat yang ada kat mahkamah tu.. ( segan pun ada juga sebab macam orang bersalah la pulak !! ) mana tak nya, kejap2 muka kau je dok pi mahkamah!

Dekat mahkamah pulak, punya la banyak kes pagi tadi.. so terpaksa la duduk cangok je tunggu orang lain bicara dulu.. Tunggu punya tunggu dalam pukul 11 pagi baru boleh aku dan driver aku bicara.. Ok la sikit tadi sebab dalam sesi rayuan , Tuan Hakim tu ( awek muda poit , rasanya belum kahwin lagi.. he..he.. ) dengan ehsan nya mengurangkan denda sehingga RM 1600 untuk setiap sorang, " kalau tak RM 3000 sorang kena pagi tadi ". Peeehhh !!!!

Cuma tadi, selepas settle bayar semua, aku sempat la sikit bergurau dengan pegawai JPJ yang handle kes aku ni.. Aku bagi tau kat dia ni adalah kali terakhir aku naik mahkamah kat ganu ni sebab projek pun dah nak dekat siap + lori aku semua pun dah takde kat sini ( la ni semua keje kat kuantan - nenasi ) , maka dengan rasminya tak kan ada la lagi saman naik COURT untuk lori aku kat ganu ni lagi.. kah..kah..kah.. ( muka pegawai tu tempe je tak tau la kenapa, mungkin tak boleh nak b'kawan dengan aku lagi kot, ha..ha..ha.. )



So, Kuantan - Nenasi - Pekan , tunggu kedatangan aku kat sana k..



p/s : takut lepas ni kena naik mahkamah Kuantan @ Pekan je !!!

4 comments:

Sir Aji said...

hahaha...ape la ko ni bro...aku br nk kate jgn pasni ko naik mahkamah kat sane pulak...tup2 kat ayat akhir ko dh ade dh ko tulis...hehe..pe2 pun,tak kire la beribu2 kali ko naik mahkamah tu hrp2 pandai2 la jg diri n maruah ko serta family k...semoga rezeki ko bertambah hendakNya...Amin

Dzuan said...

Popular aku kat sana brother..
Cuma kalau kebetulan TV3 ke ada kat situ skali mesti keluar tv nya ha..ha.. ( lagi popular !! )

Jingga Studies said...

bebe..boleh la ko geng ngan Anwar + RPK..reformasi reformasi...haha!

Anonymous said...

Ha..Ha.. Ya betui..
Reformasi ! Reformasi !