Thursday, September 25, 2008

Perkara Yang Baik Harus Diteruskan

Assalamulaikum..
Alhamdulillah awal hari ni, kerajaan kita telah pun menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen bagi petrol dan diesel sebagai buah tangan untuk rakyat menjelangnya hari lebaran tak lama lagi ni.. Terima kasih Pak Lah..
Tapi, ada seperkara lagi yang cuba aku panjangkan iaitu berkenaan indeks Rasuah kat Malaysia bagi tahun ni.. Perang RASUAH yang Pak Lah lancarkan dulu, hari ni tak banyak pun yang berubah.. (tahap indeks masih 5.1 daripada 10 ). Tapi apa yang kita lihat, boleh tahan jugak la pemberi & penerima rasuah dok kena cekup , tiap2 hari keluar tv tu..
2 Tahun ni, Aku boleh dikatakan "Most Wanted People In Site" la kat sini . Bukan apa, kerja aku ni selalu kena berhadapan dengan pihak berkuasa seperti Polis, JPJ , PTG dan seangkatan dengannya.. Company aku ada la lebih kurang 10 buah lori ( 10 wheeler ) yang mana semuanya di bawah jagaan aku untuk running kan projek ni..
Mungkin aku ni terlalu OUTSPOKEN dan selalu berpegang pada prinsip ( gaduh dgn polis & JPJ biasa la ) yang menyebabkan dorang ni selalu attack aku punya lori, dalam erti kata mudah
"SAMAN ATAU TIMBANG". Banyak juga la duit company aku dok perhabis bayar saman ni..Nak duit KOPI, sorry.. Berkawan tetap berkawan but please la, kalau tiap2 minggu datang nak mengepau, die standing la macam ni brother..

Apapun, Alhamdulillah.. setelah hampir sebulan puasa ni, kurang sikit la gangguan dari malaun2 ni . Rasanya mungkin dorang ni off duty kot bulan Ramadhan ni ( ha..ha..) . Aku harap dorang jauh2 kan lah dari perkara2 yang tak baik untuk dilakukan. Emm.. Kalau Perkara2 yang baik yang dibuat pada bulan puasa ni harus la diteruskan . Ok.


Yang baik kita jadikan Teladan, Yang jahat kita jadikan Sempadan.


Choww..



1 comment:

Jingga Studies said...

uih berani hang bergaduh ngan JPJ..!!! sabor2!

ha sekupang pun sekupang la ye dak..janji turun!