Sunday, August 24, 2008

Bersyukur la.. Minyak Turun !

Keadaan dan suasana hari ni cukup2 mencabar + agak berat bagi orang2 macam aku ni yang boleh dikategorikan berada dlm kelas pertengahan. Dengan kos sara hidup yang tinggi melibatkan kenaikan harga minyak dan secara tak langsung harga barang pengguna dan lain2 pun naik melambung tak tentu arah.. ( cuma la ni gaji je tak naik2 )


Apapun, Langkah kerajaan Imam besar Hadhari Malaysia menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen/lit & 8 sen/lit untuk diesel sehari yang sudah, aku sambut dengan hati terbuka, dalam erti kata lain "bersyukurlah tu" kerana akhir nya kerajaan kita ni tau juga keperitan rakyat yang berada di bawah . Tapi aku rasa mungkin kerajaan patut boleh mengurangkan lagi harga minyak sebanyak 30-50sen berdasarkan harga minyak global yang semakin jatuh merudum .


Kalau kita tengok rekod kerajaan pak lah, banyak kali dah dia naikkan harga minyak ni sepanjang 1 penggal dia dok jd PM , tahun 2004 (3 kali naik) kalau aku tak silap, dr RM1.++ - RM 1.42 . Tahun 2005 (2 kali naik ) dari RM 1.42 - RM 1.62 . Tahun 2006 pula ( 1 kali ) dari RM 1.62 - RM 1.92 . Tahun ni je, lepas Tsunami Politik 8 Mac ari tu + harga minyak mentah global mencecah 140 USD , pak lah bersama team nya menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 untuk petrol & RM 2.58 bagi diesel. Apa yang bole aku kata, ianya cukup2 membebankan rakyat dan pak lah , u memang pakar dalam menaikkan harga minyak kat malaysia ni. Kalau kerajaan naik kan secara berperingkat mungkin keadaan tak seteruk hari ni seperti menghadapi tekanan inflasi yang tinggi,barang melambung harganya akibat kenaikan kos pengangkutan dan lain2 lagi..



Tapi, bila aku buka tv tengok berita TV3 ke, Bernama TV ke dan seangkatan dengan nya, yang kena interviu tu aku rasa dia orang pro kerajaan la sb semua nya ucap kan trima kasih pada kerajaan sb dapat mengurangkan sikit harga minyak.. Yes , memang betul bole la mengurangkan sikit beban tapi macam aku ni yang pakai keta diesel, stakat 8 sen apa ke jadah nya turun.. baik tak payah turun !!! serupa je !!!

Yang pasti, penurunan harga minyak ni ( walaupun sikit ) adalah sikit2 bersabit dgn Permatang Pauh punya election. Kita tunggu dan lihat je la nanti dalam 2 hari lagi ni, macam2 benda kerajaan nak umum nya yang mana semua nya untuk kepentingan rakyat , katanya lah !!





Satu lagi, perkara yang paling popular dalam kempen pilihanraya P.Pauh kali ni tak lain dak tak bukan , SUMPAH RASMI . Dari coffee boy Anwar sebelum penamaan calon sampai ke Datuk Najib . Aku pun tak tau la ni, sikit2 sumpah . kalau macam ni baik tak payah ada mahkamah, gi sumpah je settle la apa2 kes skali pun... dunia... dunia....

Aku pasti, kita pun dah semakin cekal & matang dalam melalui liku2 hari mendatang cuma aku mengharapkan kerajaan dapat lebih turun lagi ke akar umbi supaya dapat mengetahui masalah2 rakyat yang semakin terhimpit kerna keadaan kos sara hidup yang tinggi lagi membebankan .


Tak gitu !

1 comment:

Jingga Studies said...

bila hang tulis kronologi naik harga minyak, baru aku perasan yg sebelum pak lah jadi PM harga minyak lebih kurang ~ RM1.21 per litre..lepas lima tahun je harga naik ke RM 2.70...woooo tu dah naik 100%...

giler la memang hidup org keramaian amat tertekan...kawan sekerja aku cakap dia tak balik raya sebab cost terlalu mahal...tol + petrol, kuantan - perlis = lebih RM600 ..belum kira makan tengah jalan tu...teruk giler la

macam hang cakap laaaa...semua benda baik ..gaji macam tu jugak!!..pengankutan awam takde pun kemajuan..memang tak reliable! huh..huh cukuplah sampai disini..kalau diteruskan nanti terkeluar kata2 kesat pulak haha!

have a good day bro!