Tuesday, January 6, 2009

3 Penjuru di Kuala Terengganu

3 calon yang bertanding untuk PRK KT P.036
Semoga calon kita Hj. Mohd Abdul Wahid B. Endut ( PAS ) berjaya
di PRK KT kali ni.. Takbir !

Penyokong berarak menuju ke stadium negeri

PAS For All.. Yes, mung orang pung pakat bantu pok kite .

Penyokong PAS berarak menuju ke Bulatan Ladang
( Ada Replika Batu Bersurat kat tengah2 Roundabout ni .)


Mung orang ingat sendiri la.. kalu tak leh pitih, boleh ke rama macang ni wei !!!

Gambar ni paling aku suka, hahaha...
Bagus Pak Lah... Bagus Najib... hahaha..

sumber gambar : PR Bloggers
------------------------------

Aku agak terkilan sikit hari ni sebab tak dapat hadir ke kuala terengganu bersama2 penyokong PR untuk proses penamaan calon pagi tadi . Bukannya apa, sebab aku dah planing dengan set2 kampung tempat aku kerja ni nak pergi pagi tadi.. hmm, tapi apakan daya, tuntutan kerja aku lebih penting sebab hari ni ada pula kerja2 resurface premix kat site aku.. huhu..

Yang membuatkan aku marah sangat ni bukan apa, aku dah planing kerja aku ni pada hari sabtu hingga isnin , so pada selasa aku dah free banyak, boleh le aku ke KT join skali bagi support pada Calon PR kita.. tup tup, kene kerja.. Hampeh..

3 hari yang aku plan job aku ni terpaksa ditangguhkan pada selasa, sebab di bandar KT, kebanyakkan jalan diturap semula.. so quarry plant ( tempat yang sama aku order ni ) terpaksa stop order lain, jalan kan projek politik Barisan ni dulu.. Em, Lantoi la mung orang, nak pilihanraya baru nak tar balik jalan . Kalau tak silap aku, jalan2 dekat bandar KT ni baru lagi diturap dalam 3-4 bulan lepas.. Lagi mau membazir ka ! huhu..

Tapi takpe, ada kesempatan aku akan ke KT esok, tengok lagu mana... 2 malam yang lepas dah start naik2 bendera dan poster, hari ni aku ingat satu KT meriah sampai tak nampak dah bandar tu rasanya.. hehehe...

; dapat info dari orang BN tempat aku ni tadi, UMNO Melaka berkampung dekat kawasan Durian Burung untuk sesi berkempen ni.. Hmm, betul2 bengong la dorang ni, tu Dun Wakaf Mempelam , kubu kuat PAS la wei !! , tempat calon kita le... huhu..

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year

Assalamualaikum...

Wishing U all happy memories of the last year and have a great
beginning for this year..

May your dream come true ...


HAPPY NEW YEAR 2009 & SALAM MAAL HIJRAH 1430

Saturday, December 27, 2008

Gegar di Tempatku Tadi !

3.30 pm.. Hari ni cuaca agak baik . Start dari pagi lagi panas berdenkang kat sini membolehkan aku menyambung semula kerja2 measurement yang tak siap2 lagi ni.. huhu...

Sedang aku khusyuk kerja mengukur depan Shell tadi, datang la sorang brother ni negur aku dari jauh...

Bang, mari la singgah bentar sini, ada hadiah kita orang nak bagi ni... !!

Aku agak terpinga2 jap tadi sebab takde angin takde ribut tetiba je brother ni panggil aku... !!
Aku amati betul2... Oh mak Aii !!! Kru Gegar Pantai Timur Naza rupa2 nya... hehe.. Hmm, aku pun apa lagi, disebabkan boring sangat2 dari pagi sampai ke petang asyik ngukur je.. aku pun pergi join la kru2 ni... Memang sporting gila la dorang... Macam skuad2 radio bergerak yang lain, banyak jugak hadiah2 yang nak dibagi nya . Antaranya barang2 dapur, cd, baju dan souvenir dari Thr .. Tapi macam biasa , ada la sikit2 game show yang dorang buat... huhu.. Memang Fun la tadi.... .


3 Kru Gegar Pantai Timur Naza yang sporting bila aku nak pukul gambar dorang tadi, hehe...


Brother ni kena buli nyanyi lagu rindu bayangan la pula untuk dapatkan cd tu.. hancus suara dia, hahaha.. suara aku lagi sedap la poit !! huhu...

Awek Shell ni menewaskan aku untuk mendapatkan baju Thr Gegar, takpe.. ladies first :)


Akhirnya, berjaya juga aku membawa pulang sos MH Mohd ni.. kah kah kah..


Bergambar kenangan dengan Kru2 Thr Gegar Naza ni
Sorry la, perut tak boleh nak cover la... wakakaka....
Ada kesempatan lagi, kita kejar skuad Gegar ni, hehe.. <(^_^)>





Friday, December 26, 2008

Life, Love And Friends

Salam...
Got this from my email.....


Sweet words are easy to say ,
Sweet things are easy to buy ,
But sweet people are difficult to find.....

Life ends when you stop dreaming...
Hope ends when you stop believing....
Love ends when you stop crying....
And friendship ends when you stop sharing....


so, share this with whoever you consider a friends....




To love without conditions...
To talk without intentions....
To give without reasons...
And to care without expectations .


------------

Thanks to wani for give this message to me and for being my friend...
Who is wani ????

Thursday, December 25, 2008

Merry Christmas

Merry Christmas to all Malaysians...
................................
Aku terlalu sibuk sikit dalam seminggu ni, maklum la.. projek dah nak siap ... kena buat final claim la gamak nya.. ( tu yang tak sempat nak update blog ni ), ni pun curi2 masa sikit depan komputer ni untuk wish Merry Christmas la.. huhu..
Insyallah, siap keje claim + joint measurement dengan JKR untuk projek ni, banyak sikit la masa free tu.. so boleh le aku sambung balik berblogging ni... haha..
p/s ; buat mak + baba & kak umi sekeluarga.. didoakan selamat pergi dan balik untuk vacation ke Bangkok kali ni.. Amin..
Dekat Bangkok tu, dah betul2 stabil ke keadaan politik kat sana atau still ada riot di jalanan ????

Monday, December 15, 2008

Papan Tanda ?






Apa yang dapat kita perhatikan dari papan tanda ZOOM ni... kah.kah.kah..

Hmm, papan tanda ni sebenarnya berada depan pejabat tapak aku ni je.. Seingat aku la, signboard ZOOM to Endau Rompin ni dah ada lebih dari 5 bulan kat situ, jadi korang bayangkan la berapa banyak kali aku dok nengok signboard tu je dari hari tu... huhu..

Apa yang menghairankan aku, kenapa pihak yang berkenaan tak letak je signboard ZOOM to Pulau Redang sedangkan tak jauh dari belakang signboard tu ( ada la lebih kurang 200 meter je ) terletaknya jeti besar ke pulau redang . Kalau nak tahu, jika bukan monsoon season ni sikit punya sibuk jalan yang aku buat ni dengan bas2 & teksi2 pelancong yang bawa pelancong ni pergi ke pulau redang ..

Sayang seribu kali sayang sebab tempat aku ni tak di komersial kan dengan semaksima mungkin.. Dana pembangunan untuk pelancongan pun tah kemana pergi nya ! Pelik ! tapi tu yang hakikinya yang terjadi di sini ..

Apa yang melucukan aku adalah gambar2 3 personaliti yang ada kat signboard tu.. Wakakakaka..

Kalau korang pelancong la katakan , bersemangat ke nak pergi melancong bila nengok muka2 tu ? kah kah kah..

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha


Selamat Hari Raya Aidiladha @ Haji buat semua umat islam

-----------------

nampak gayanya aku beraya kat Terengganu ni le ,
tak dapat balik kampung la pulak , cuti boleh sehari je.. huuwwwaa :(
sebab hari tu dah cuti lama....

Tapi takpe , raya kedua orang kampung sini dah ajak aku join korban dekat surau PAS kampung ni.. haha.. Join je la... hehe...