
Friday, August 29, 2008
Merdeka....

Wednesday, August 27, 2008
Tahniah Datuk Seri..

Monday, August 25, 2008
Sunday, August 24, 2008
Bersyukur la.. Minyak Turun !
Apapun, Langkah kerajaan Imam besar Hadhari Malaysia menurunkan harga minyak petrol sebanyak 15 sen/lit & 8 sen/lit untuk diesel sehari yang sudah, aku sambut dengan hati terbuka, dalam erti kata lain "bersyukurlah tu" kerana akhir nya kerajaan kita ni tau juga keperitan rakyat yang berada di bawah . Tapi aku rasa mungkin kerajaan patut boleh mengurangkan lagi harga minyak sebanyak 30-50sen berdasarkan harga minyak global yang semakin jatuh merudum .
Kalau kita tengok rekod kerajaan pak lah, banyak kali dah dia naikkan harga minyak ni sepanjang 1 penggal dia dok jd PM , tahun 2004 (3 kali naik) kalau aku tak silap, dr RM1.++ - RM 1.42 . Tahun 2005 (2 kali naik ) dari RM 1.42 - RM 1.62 . Tahun 2006 pula ( 1 kali ) dari RM 1.62 - RM 1.92 . Tahun ni je, lepas Tsunami Politik 8 Mac ari tu + harga minyak mentah global mencecah 140 USD , pak lah bersama team nya menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 untuk petrol & RM 2.58 bagi diesel. Apa yang bole aku kata, ianya cukup2 membebankan rakyat dan pak lah , u memang pakar dalam menaikkan harga minyak kat malaysia ni. Kalau kerajaan naik kan secara berperingkat mungkin keadaan tak seteruk hari ni seperti menghadapi tekanan inflasi yang tinggi,barang melambung harganya akibat kenaikan kos pengangkutan dan lain2 lagi..
Tapi, bila aku buka tv tengok berita TV3 ke, Bernama TV ke dan seangkatan dengan nya, yang kena interviu tu aku rasa dia orang pro kerajaan la sb semua nya ucap kan trima kasih pada kerajaan sb dapat mengurangkan sikit harga minyak.. Yes , memang betul bole la mengurangkan sikit beban tapi macam aku ni yang pakai keta diesel, stakat 8 sen apa ke jadah nya turun.. baik tak payah turun !!! serupa je !!!
Yang pasti, penurunan harga minyak ni ( walaupun sikit ) adalah sikit2 bersabit dgn Permatang Pauh punya election. Kita tunggu dan lihat je la nanti dalam 2 hari lagi ni, macam2 benda kerajaan nak umum nya yang mana semua nya untuk kepentingan rakyat , katanya lah !!

Aku pasti, kita pun dah semakin cekal & matang dalam melalui liku2 hari mendatang cuma aku mengharapkan kerajaan dapat lebih turun lagi ke akar umbi supaya dapat mengetahui masalah2 rakyat yang semakin terhimpit kerna keadaan kos sara hidup yang tinggi lagi membebankan .
Tak gitu !
Wednesday, August 20, 2008
Peliknya Manusia ( Part 2 )

Pelik Ya, betapa seruan & teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita. Tapi, betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaan nya lama dan panjang.
Pelik Ya, rasa susah sungguh untuk habiskan bacaan Al-Quran walau pun satu halaman, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis dilahap .
Pelik Ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert , tetapi cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
Pelik Ya, susah nya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudah nya orang menyertai dan menyebarkan gosip.
Pelik Ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di dalam email layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan di dalam Al-Quran .
Pelik Ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir 2 3 kali .
PELIK TAK KITA....... ?
Tepuk Dada ..... Tanya iman di HATI .
Wassalam .
Monday, August 18, 2008
Syabas Chong Wei


Sunday, August 17, 2008
Saturday, August 16, 2008
Oh.. Permatang Pauh !

Pingat Olimpik Dalam Genggaman

Ini bermakna kemarau pingat kita ( tak kira la pingat apa pun ) dlm 3-4 musim olimpik yang lalu berakhir la sudah.. EMAS @ PERAK dalam genggaman la sekarang..
Yang pasti , kalau pingat emas Chong Wei dapat kali ni, RM 1 Juta pun dalam genggaman dia jugak la.. ( ha, kerajaan kan sungguh prihatin dalam meniupkan semangat patriotisma & kesukanan yang tinggi di kalangan atlit2 tanah air kita, hu..hu.. )
Apapun , banyak pro & contra nya tentang habuan yang ditawarkan oleh kerajaan islam hadhari Malaysia kepada atlit2 kita di temasya olimpik kali ni.. ( aku malas nak komen lebih2 )
Yang aku tercari2, mana atlit2 melayu kita ?
Tepuk Dada , Tanya Selera... :-(
Peliknya Manusia ( Part 1 )
PELIK YA, duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke pasaraya MAIDIN & lain2
PELIK YA, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untik satu cerita komedi.
PELIK YA, betapa lamanya 1 jam di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
PELIK YA, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang 2-3 kaset berkali-kali.
PELIK YA, dengar iklan jualan murah dalam TV , rasa tak sabar2 nak pergi beli belah, tapi dengar laungan azan tak sabar2 nak tukar channel lain .
PELIK YA, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi masjid @ surau dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi .
PELIK YA, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjat kan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang dengan kawan2 .
To Be Continued...
Friday, August 15, 2008
THANKS SINGH
